Tuesday, March 20, 2007

Ne Me Quitte Pas

MUKHSIN (Yasmin Ahmad, 2007)


Sesiapa yang tak suka filem ini, memang kau tak ada perasaan.

Mukhsin adalah filem nostalgia. Kalau tak semua, pasti ada cebisan2 yang akan mengenangkan balik zaman kanak2 dulu. Mungkin filem ni ada 'charm' yang tak henti2 buat aku tersenyum, ada jiwa yang lekat dengan jiwa aku, dan disebalik 'naivity' kisah Orked dgn Mukhsin ini ada 'kematangan' yang mengangkatnya lebih daripada sekadar filem tentang cinta monyet budak-budak. Betul-betul, satu filem yang cantik, rohani dan jasmani (if that makes any sense).

Macam Yasmin katakan, filem ni bukan saja tentang watak2nya, pemandangannya jugak adalah karakter. Sawah padi, pokok-pokok yang Mukhsin panjat, dan intricate details dalam filem ini ada 'peranan'-nya. Ada kesinambungannya terhadap development watak-watak. Dan juga membawa aku ke dunia Mukhsin yang seakan-akan sama dengan dunia yang pernah aku lalui dulu.

Mohd Syafie Naswip memang memikul tanggungjawab sebagai 'title character' dengan sangat baik. Dialah nadi filem ini. Casting yang sempurna. Syarifah Aryana aku rasa agak 'janggal' sedikit sebagai Orked, macam tak berapa 'selari' dengan Orked yang Amani lakonkan (macam lebih matang daripada her adult-counterpart). Tapi Aryana ada kualiti tersendiri, 'understated' dan bersahaja. Lakonan yang matang. Amat layak dipuji, lebih-lebih lagi sebab dia masih budak. 'Scene-stealer' sudah pasti Pak Atan dan Ayu (Pak Atan muda ini lebih best daripada Pak Atan tua). Tak payah aku cakap lebih pun korang boleh tau sendiri.

Yang uniknya, 'mood' atau 'theme' (i dunno the right word) ketiga-tiga filem Sepet, Gubra, dan Mukhsin ini masing2 berbeza. Ada personaliti sendiri. Mukhsin lebih 'mainstream', lebih 'colorful', juga lebih simple daripada yang lain-lain. Tapi ini bukan satu kekurangan. Ada juga falsafahnya. Falsafah 'rahmat' (macam Fadz cakap); seiring dengan lagu tema 'Hujan', simbolik dengan kali pertama Orked nampak Mukhsin. Dalam kereta. Ketika hujan. Mukhsin itu adalah rahmat. Begitu juga semua makhluk ciptaan Tuhan. Menarik juga memandangkan kebanyakan filem-filem lain menggambarkan hujan ni hanya melambangkan 'kesedihan', 'tragedi' dan apa-apa lain yang klise. Mukhsin jelas kontra dan mem'positif'kan 'hujan' tu.

Orang tertanya-tanya dengan kemunculan Orked dan Jason (both adult counterparts). Bagi aku, cerita Mukhsin ini adalah 'diceritakan' oleh Orked. Memori dia tentang Mukhsin, tentang hari-hari dia dengan Mukhsin. Apa yang dia ingat (atau apa yang dia mau gambarkan). Dan memandangkan ini cerita daripada hati Orked, sebahagian daripada hatinya turut masuk. Apa yang benar-benar dia mahukan. Maka muncullah 'dream life' dia dengan Jason, yang 'happily ever after'.

Lagi yang aku perasan, suasana di kampung Orked, tak terasa macam 'ketinggalan zaman' dibandingkan babak-babak dalam bandar yang jelas nampak perbezaan zamannya (Pondok telefon kuning, etc). Ada sense of 'isolation'. Terasa 'immortality' suasana kampung tu, betapa maju pun dunia, kampung itu tetap sama. Kehidupan yang sama.

Ini yang aku nampaklah.

Bagi aku, Mukhsin adalah entry yang paling entertaining. Walaupun tidak 'mencabar' macam Gubra (pilihan aku), tidak se'segar' Sepet, tapi Mukhsin adalah pelengkap kepada 'sekuel2'nya tu. Menontonnya dalam panggung, dengan lagu 'Hujan' dan 'Ne Me Quitte Pas' yang masyuk, memang bagaikan satu 'rahmat'.

Verdict: 4/5

6 comments:

Anonymous said...

salaam. thank you for this sensitive review of our little film. is there some way i can email you? there are "secrets" in mukhsin you might enjoy hearing about. if you know fadz well, you can get my mobile number from him too.

maberik said...

salaam.

thanks again for dropping by to this little blog. :)

"secrets"? -drools-

u can e-mail me: p_maverick85@yahoo.com

Anonymous said...

salaam. i've sent you an email.

rewan ishak said...

Aku suka Mukhsin. Karya terbaik Yasmin setakat ni. Trully classic.

rewan ishak said...

Cepat la review Chermin.

ghoyye said...

dah lama tak menjengah.
baru tgk 300 the other day. cudn't agree with u more.
nak tgk mukhsin jugak! but i guess i have to wait for its premiere in UK :p