Sunday, February 11, 2007

The Painted Veil (John Curran, 2006)


Lagi satu versi filem yang diadaptasi daripada novel Somerset Maugham. Ini versi yang ke-3, jadi boleh ke kalau nak dipanggil filem ini filem 'remake'? Banyak betul Naomi Watts berlakon dalam filem2 remake (King Kong, The Ring). Aku sebenarnya tak berapa tertarik sangat dengan filem ini memandangkan stereotaip filem genre romantik+period piece = bosan. Tapi memandangkan penyandang2 utamanya Edward Norton dan Naomi Watts (keduanya pelakon feveret aku), aku pun bagi lah can kat The Painted Veil ni. Dan memang, seperti yang aku jangka, filem ni memberi lagi sebab kenapa diorang ni gilebab 'underrated'. Kalau kau tak rasa 'jatuh cinta' pd ceritanya sekalipun, kau pasti jatuh cinta pada dua watak utamanya ni.

Aku tak baca novelnya, dan aku tak tengok versi2 filem yang sebelum, jadi aku tak boleh komen lebih-lebih. Cuma aku boleh kata tema 'pertembungan budaya barat dan timur' filem ni agak 'ketinggalan zaman' bagi aku. Dan paparan orang putih sebagai 'penyelamat' orang Asia yang mundur agak menjelikkan sekali-sekala. Tapi tak apa, yang jadi kekuatan filem ini sudah tentunya kisah hubungan Walter dan Kitty. Juga sinematografi pemandangan yang menyejukkan mata.


Dan menarik juga tengok Anthony Wong cakap English. Mungkin jadi landasannya untuk ke Hollywood. Jangan jadi macam Gong Li sudah (apa dia buat dalam Hannibal Rising??).

Verdict: 3.5/5


Wordplay (Patrick Creadon, 2006)


Filem dokumentari yang sangat 'educational' dan sangat menghiburkan (mana nak carik tu?). Tak sangka tengok filem pasal crossword puzzle geeks ni boleh buat aku terhibur macam ni. Dulu aku tengok mak aku rajin buat, aku tak faham apa yang 'seronok' sangat.Baru la aku tau selok-belok pasal pembikin dan peminat crossword puzzles (diorang genius) ni dan kenapa sampai orang jadi obses. Sampai Bill Clinton pun obses sekali. Hebat. Teringin pulak aku nak mencuba.

Verdict: 4/5

4 comments:

TheBigKahuna said...

haha.. aku memang suke naomi watts. aku rasa kemenangan Charlize Theron mase Oscar dulu, time dier kalahkan Naomi, adelah penipuan belaka. Lakonan Naomi dalam 21 Grams tuh memang 90 kali lg bagus.

ghoyye said...

maverick: i cudn't agree with you more. watts & norton were superb in that movie. totally overlooked by AMPAS, or any critics circle for that matter. btw, because of your top 10 list, i have watched pan's labyrinth. man! what a great film it is!

thebigkahuna: i seriously echo your statement. watts shud have won for her performance in 21 grams. theron was great, but watts was just simply better.

maberik said...

to me she's the *only* actor that could act with a cgi character *effectively* (King Kong).

and even in a bad movie she's terrific. (The Ring 2)

rewan ishak said...

"aku memang suke naomi watts. aku rasa kemenangan Charlize Theron mase Oscar dulu, time dier kalahkan Naomi, adelah penipuan belaka"

Finally ada jugak yg punya pendapat yg sama. Aku setuju. 21 Grams superb! Bukan Naomi je, Benicio Del Toro & Sean Penn jugak.