"Apa ke he nye, yop?"
Memang aku skeptik dengan filem ni pada awalnya. Bukan sebab aku bias kpd Ahmad Idham atau Metrowealth (ataupun pada filem melayu keseluruhannya). Tapi sebab filem-filem genre horror ni memang susah nak dibikin elok sekarang ni, susah nak melompat keluar daripada klise-klise filem-filem seram yang lampau. Dan memang, susah nak bagi orang rasa takut. Lagi-lagi untuk peminat kuat filem-filem seram. Patutlah kebanyakan filem-filem horror dari Barat(British terutamanya) dah macam tak mau bikin filem seram yang 'tradisional' macam ni. Menyumbat unsur-unsur satira atau komedi untuk menutup lobang-lobang 'klise' tu.
Aku puji Jangan Pandang Belakang. Walaupun babak-babak melodrama awal yang agak lama dan menjengkelkan tu hampir-hampir merangsang aku untuk keluar dari panggung. Ditambah lagi dengan pelakon wanita utama ntah-sape-nama tu yang macam haram tak reti berlakon, kontrol cun je keje (Walaupun memang cun jugak sebenarnya). Tapi bila dah masuk part seramnya tu, dipendekkan cerita memang seram lah kan. Keras juga aku pegang kerusi.
Filem ni lebih kepada gaya 'episodic', menayangkan satu demi satu episod seram yang memang secara strukturnya, tak bawak apa-apa perkembangan pada jalan cerita. Tak kisahlah, asalkan 'episod-episod' tu dilaksanakan dengan baik dan berjaya buat jantung penonton gugur dari semasa ke semasa. Pembinaan tension, atmosphere, dan sound effect yang sangat boleh dipuji. Dan aku terperanjat juga dengan gaya arahan Ahmad Idham yang 'humble', yang secara keseluruhannya tak 'lebih-lebih' macam kebanyakan pengarah filem 'mainstream' lain. Tak ada dah pelakon-pelakon yang menjerit melolong mengalahkan penonton sendiri. 'Pacing' nya pun sabar, tak terburu-buru nak tayang hantu depan-depan (sekurang-kurangny pada awal filem). Banyak bermain dengan kuasa imaginasi penonton sendiri. Apa yang kita tak nampak itu lebih seram, macam masa babak-babak Opah berinteraksi dengan 'kawan' Darma.
Tapi aku rasa kejayaan filem ini adalah disebabkan Pierre Andre. Skrip dia yang bijak. Ada passion (bak kata Ogy - ya, aku tengok AF. Kenapa?). Memang dia buat homework. Buat kajian tentang kisah-kisah hantu yang biasa kita dengar(yang boleh kita kaitkan), dan sejarahnya juga. Sempat juga diselitkan elemen-elemen komentar dan humor secukup rasa.
Aku berani kata, ini filem Seram Melayu terbaik pernah aku tonton. Aku ulangi, yang PERNAH aku tonton ok.

Verdik: 3.5/5
5 comments:
pegi tgk tak ajak sial
sadis aku
muahaha sori wehh
salahkan judang. judang tak ajak.
:P
ramai puji cite nih..
ni yg rase nak tengok nih..
" Aku berani kata, ini filem Seram Melayu terbaik pernah aku tonton. Aku ulangi, yang PERNAH aku tonton ok"
stuju stuju stuju... walaupun acting ada sikit macam KAYU! tapi ambiance keseraman tu sungguh terasa la hahaha abis nonton tengah malam... bawak kreta sensorang... aku rasa nak nangis jer sensorang lam kreta... bila la nak sampai rumah nih~~~
ramai kawan dan sedara aku kata filem noor kumalasari, misteri rumah tua tu adalah filem seram terbaik melayu..bagi aku, filem tu filem termuntah pernah aku nonton dalam sejarah filem (bayang bayi keluar dari mulut kumalasari).
intan tu ex abang aku, jadi aku mmg bangga mengatakan ni, "Babe, u cant act, im sori.."
:p
Post a Comment