Monday, June 9, 2008

A LESSON ON FILMS

KINEMA NO TENCHI (Yoji Yamada, 1986)




Aku tonton di FINAS. Filem daripada legenda Yoji Yamada, dan selepas tonton Kinema No Tenchi, memang patut pun dipanggil legenda walaupun taklah banyak karyanya yang aku dah tonton. Aku hanya pernah tonton Tasogare Seibei dan Bushi No Ichibun. Tapi kadang-kadang dengan satu filem saja pun dah cukup untuk mengesan kehebatan seorang pengarah, macam selepas aku tonton Ladri Di Biciclette oleh Vittorio De Sica. Apa yang aku boleh katakan, kalau semua pembikin filem Malaysia tonton filem ini, dan belajar daripada filem ini, aku yakin tak ada lagi filem-filem bodoh lagi sampah yang mencemar industri tempatan. Ia sudah pasti menjadi antara filem yang paling dekat di hati aku. Satu filem yang begitu sempurna untuk pencinta filem.


5/5