Tuesday, December 12, 2006

Retread...

CINTA (Kabir Bhatia, 2006)



Melodramatik, manipulatif, dan penuh dengan klise. Tapi, aneh, aku suka filem ini. That's no easy feat, sebab aku generally tak suka filem-filem 'tearjerker' macam ni. But in this case, ia berjaya buat aku hampir menangis. Filem 'Cinta' ni ada satu 'jiwa' yang tersendiri (itu yang jadi nadi pd satu2 filem), atau satu 'charm' yang mampu menutup prejudis aku terhadap elemen2 tipikal filem romantik macam ni. Ia buat aku lupa pada 'logik' dan lubang-lubang plot, lupa pada jalan cerita yang dah di'recycle' berbilang kali, and just enjoy the show. Ia lebih kepada 'guilty pleasure'. Ya mungkin ramai akan mengatakan filem ini ciplak filem-filem stail 'ensemble' Hollywood macam Crash dan terutamanya Love Actually. Tapi sekurang-kurangnya, filem Cinta dihasilkan dengan 'classy' sekali. Dengan skrip yang kuat, menjadikannya 'segar' dan ada identitinya sendiri. Aku tak malu mau rekemen filem ini kepada orang lain. Aku berbangga filem ini wujud. Walaupun sebuah filem komersial, ia masih tak meninggalkan elemen2 penting yang menjadikan filem ini satu hasil seni.

Aku rasa semua penonton tahu dan akui, sinematografi filem ini cantik. Memang cantik(walaupun tak membawa byk makna), dengan shot2 ala-iklan/MTV-style. Suntingan filem ini sangat baik, menjadikan pergerakan cerita dari satu segmen ke segmen lebih 'seamless' dan 'natural'. Background muzik yg mmg 'kena', walaupun ada setengah2 scene lebih baik kalau takde muzik. Aku juga puji sang direktor, yang pandai mencampurkan scene2 sedih dgn lawak2 yang 'sudden' dan bersahaja. Tapi klise2 yang dah sebati dalam filem romantik ini tetap ada. Iaitu 'over-dramatization'. Contoh: Bila part sedih, mesti hujan. Ada juga scene2 yang memanipulasi muzik 'mellow' untuk 'menyuruh' penonton rasa sedih. Dan banyak juga scene2 yg 'cringe-inducing'. Contoh: part dinner Eizlan dan Fasha. Yang dah tengok tau.

Bagi aku kisah yang terbaik, yang betul2 'mengangkat' filem ini, adalah kisah Rahim Razali dan Fatimah Abu Bakar. 'Chemistry' yang sangat kuat antara dua pelakon ini. Sesuatu yang susah nak jumpa dalam filem Malaysia. Dua pelakon ini yang paling, paling hebat antara semua. Aku tabik.

Pierre Andre Dan Amani. Pierre Andre memang pandai berlakon jadi dirinya sendiri. Syabas. Walaupun Amani taklah 'entirely believable' sebagai budak kampung (tengok pakaian/appearance dah tau), tapi sekurang-kurangnya dia bawa satu 'karakter' lain. And she's candy for the eyes.

Rashidi Ishak dan Rita Rudaini. Walaupun mungkin orang kata dia kayu, tapi Rashidi bawa watak yang memerlukan dia bergerak dengan 'seminima' mungkin(which equals to 'kayu'). Seorang yang sangat romantik, tapi 'restraint'. Tak menzahirkan perasaannya. Rita Rudaini pulak, yang uniknya, dia tak jadi satu watak 'jahat'. Biasanya dalam cerita2 Melayu watak2 isteri curang sebegini pasti akan diringkaskan sebagai 'jahat' oleh sang direktor. Tapi ini tidak, cara penyampaian sang direktor(dan juga sang pelakon) tak membuatkan kita rasa benci pada watak itu, sebab kita tau, dia juga terasa bersalah.

Nanu dan Que Haidar. Nanu memang pelakon yang berpotensi, sejak aku tengok dia dalam PHSM II lagi. Ada 'complexity' yg dia bawak pada wataknya. Dan speech 'kematian' tu memang kuat impaknya.

Yang paling lemah, kisah Eizlan dan Fasha. 'Fairy tale' yang tipikal. Fasha memang tak reti berlakon. Eizlan bawak watak yang biasa dia bawak. Nothing special. Kebanyakan scene2 yang 'menjelikkan' ada dlm segmen ni.

Boleh ke nak dikatakan filem Kabir Bahtia ini filem cinta Melayu moden(atau lebih tepat, Malaysia) yg terhebat setakat ni? A resounding 'yes'. Inilah filem cinta yang kita tunggu-tunggu. That's not saying much considering the competition. Tapi yang penting, ia telah memberi satu 'nafas' baru dalam filem Malaysia. Membuktikan yang filem komersial tak semestinya wajib ada Saiful Apek, ada sound effect bodoh, ada guling-guling dalam taman, dan tak semestinya murahan.

My Verdict: 4/5 ---- Untuk sebuah filem Malaysia 3.5/5 ---- Secara international




VOLVER (Pedro Almodovar, 2006)



One of my most anticipated films this year. Volver celebrates the return (Ironically the title itself means 'The Return') collaboration of director Pedro Almodovar and Penelope Cruz, both at the peak of their powers. With Cruz giving her best performance to date worthy of an Oscar, Almodovar has made a fascinating tale which 'celebrates' women: their hardships, sufferings, sacrifices, and love. It appreciates the troubles that these women have endured whenever they have men in their lives. There is no other film director whose fascination towards women is as apparent as Almodovar.

But the 'soul' of Volver, that elevated the film into greater lengths, is Penelope Cruz herself. She's downright gorgeous, and has finally proven herself as a great actress after strings of Hollywood duds. She's just a pure joy to watch; and I *do* mean in terms of her performance. Plus, the scene were Raimunda singing (although obviously dubbed, but her expressions more than makes up for it), is one of the most affecting and heartwrenching scene in any film this year.

Although the film may be a little light offering from Almodovar, and most probably it's his most 'mainstream' type of film. But with his usual 'trademark' use of bright colours on every frame(particularly red) and layered storytelling, this is still an Almodovar film. And you'll know there is something extraordinary in an Almodovar film.

My Verdict: 4.5/5


No comments: