Friday, January 5, 2007

HAPPY NEW YEAR


EL LABERINTO DEL FAUNO @ PAN'S LABYRINTH (Guillermo Del Toro, 2006)


Bagi aku filem ni adalah filem 'masterpiece' Guillermo Del Toro. Inilah filem yang betul-betul melonjakkan namanya dalam A-list pengarah filem. Cantuman elemen realiti dan 'dark fantasy' yang sangat baik, seangkatan dengan filem awalnya The Devil's Backbone. Walaupun aku anggap The Devil's Backbone hanya biasa-biasa saja, Pan's Labyrinth bertindak sebagai 'pelengkap' kepada tema filem itu(iaitu tentang kekejaman dunia dari perspektif seorang kanak-kanak), dan juga sebagai persembahan sempurna 'jiwa artistik' atau trademark Del Toro: Dengan ton filemnya yang gelap, ganas, serta imaginasi yang unik dan 'grotesque'. Tapi hasil imaginasi Del Toro tidaklah terasa 'superficial/cartoonish' macam imaginasi Tim Burton. Walaupun sang protagonis adalah kanak-kanak dan plot utamanya bercorak 'fairy tale', tapi memang, filem ini sesuai untuk orang dewasa sahaja. Kalau budak-budak tengok mungkin akan ada 'nightmare' malam-malam (terutamanya babak yang melibatkan 'child-eating monster' yang matanya kat tapak tangan). Aku boleh bayangkan kalau aku kecik-kecik tengok kompem tak boleh tidur.

Kesimpulannya filem ini aku gelar sebagai 'the definitive Del Toro movie'. Dari filem genre horror Cronos, kepada filem superhero Hellboy. Cebisan-cebisan elemen dari filem-filem terdahulunya direncahkan dengan sempurna dalam Pan's Labyrinth. Antara filem fantasi(atau separa fantasi?) terhebat pernah aku tonton.

Verdict: 4.5/5

P/S: ...baru saja aku rasa filem-filem tahun 2006 ni macam hampeh. Nampak gayanya tidak...heh


2 comments:

[ d.e.e ] said...

saya pun suka ini cerita!

marvellous!

*clap*clap*

komentar yang amat bagus. salah faculty la you :p

maberik said...

haha 'salah faculty'...

lama dah rasa macam tu.