Filem-filem besar 'musim panas' sudah sampai penamat. Aku beri tepukan penutup tirai untuk abang Batman di bandar Gotham sana... sebab aku sudah tonton filemnya di pawagam sebanyak 5 kali. Ahhh kalaulah aku ni penganggur, mungkin lebih daripada itu. Jadi aku rasa sekarang dah sampai masa untuk apresiasi filem-filem yang lebih serius, artistik, eksotik dan, mungkin, erotik.
CHOP SHOP (Ramin Bahrani, 2008)
Filem neorealis yang menonjolkan kawasan miskin yang dipopulasi imigran. Aku seakan tak percaya ia bertempat di New York, yang selalu digambarkan dengan gah dan moden. Dalam Chop Shop, keadaan sosioekonomi di tebing bandar New York ni tidak ubah seperti di negara 'Dunia Ketiga'. Ramin Bahrani memang hebat dalam memberi gambaran suasana sesuatu 'tempat', dan penghuninya juga. Walaupun filem ini hanyalah filem kecil dengan pelakon-pelakon tak dikenali(tapi hebat), jauh sekalilah hendak memancing anugerah Oskar yang populis tu, tetapi kerana autensiti dan penangan emosinya, aku letakkan Chop Shop dalam carta filem wajib tonton tahun ini.
4.5/5
The Fall(Tarsem, 2008)
Fotografi The Fall memang cantik. Hasil imaginasi Tarsem memang aku kagumi (aku tak faham kenapa dia tak mau letak nama penuhnya: Tarsem Singh. Tak apalah, elok lagi daripada 'McG'.). Tapi kalau cantik luaran saja tak guna juga. Tak ada apa yang boleh aku korek dari ceritanya yang kosong dan agak meleret tu. Ia tak memberi aku 'rasa' apa-apa juga, sepertimana filem-filem Terrence Malick yang hampir tiada plot tu dapat lakukan pada aku. Nasib baik kemistri antara 2 pelakon utamanya, Catinca Untaru(terutamanya) dan Lee Pace sudah cukup untuk menangkap perhatian aku hingga penghabisan. Macam filem 300 arahan Zack Snyder, menonton 'trailer'-nya lebih mengujakan daripada produk keseluruhannya. Tapi disebabkan keaslian dan keunikan visualnya(aku menunggu format HD), aku tidak boleh tidak menghormatinya.
3/5
4 comments:
Tarsem Singh
btul jugak, dari orang panggil die Tarzen ke...
wat? ko tak suka Terrence Malick? watttt? Badland is a bad ass and thin red line is a classic masterpice! heip! hehehe, anw, salam ramadhan, lama tak singgah sini!
aaa? aku tersalah struktur ayat ke? haha aku maksudkan the fall ni tak macam filem malick yg walaupun hampir takde plot jugak, tapi feeling abis.
salam ramadhan!
ohhh, my oh my, aku mesti rabun masa baca teks kau.. hoho
Post a Comment